BEKAS vokalis kumpulan Nidji, Giring aktif dalam kancah politik Indonesia bukan sesuatu yang baharu. Giring yang menyertai Parti Solidaritas Indonesia (PSI) pernah mencalonkan diri sebagai wakil rakyat pada pilihan raya 2019 lalu.ARTIKEL BERKAITAN: Gagal dalam Pilihan Raya Umum, Giring menangis di kubur bapa mentua Bagaimanapun, usahanya untuk duduk di kerusi parlimen masih gagal kerana tidak mencukupi jumlah undi. Giring bersama isterinya Cyhthia Riza dan dua anak mereka. Seperti dipetik Liputan6, undian yang diterima Giring Ganesha dari PSI terlalu rendah dan gagal mewakili suara rakyat. Bagaimanapun, minggu ini, nama Giring kembali menjadi perbincangan di laman sosial apabila tersebar foto papan iklan yang bertulis 'Giring Untuk Presiden 2024'. Sementara itu, isteri penyanyi lagu Sang Mantan, Cyhthia Riza turut memuat naik instagram story foto papan iklan itu yang terletak di Jalan Cihampelas Bandung. "Mohon doanya sis" tulis Cynthia. Sementara itu, rata-rata netizen memberi maklum balas negatif terhadap perkara itu dan meminta Giring untuk kembali ke dunia muzik. "Ngeri... tidak usah ikut politik bang, fokus nyanyi saja" tulis netizen. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!