FOTO terbaharu pelakon Lee Min Ho yang dikongsikan di Instagram ketika berada di sebuah lokasi tepi pantai mengundang rasa bimbang dalam kalangan peminatnya. Menerusi perkongsian tersebut, pelakon drama The King: Eternal Monarch kelihatan seperti sedang menangis dengan menutup wajahnya. Lebih menimbulkan tanda tanya apabila aktor itu memuat naik beberapa keping foto tanpa memberi penjelasan mengenai keadaan dirinya. "Saya dapat rasa kesedihan itu dan melihat keadaan awak begini membuatkan hati saya hancur. Mungkin tekanan daripada kerja atau paparazi yang menyebabkan awak terpaksa melalui ini. Semoga awak kuat. Salah satu foto yang dikongsikan Lee Min Ho. "Saya tak suka melihat awak seperti ini. Hati saya hancur. Saya berharap apa saja masalah dan dugaan yang awak hadapi sekarang, awak mampu untuk cari jalan penyelesaian. "Awak kelihatan sangat sedih. Foto itu seperti dirakam ketika awak sedang menangis. Kenapa dengan awak? Kebahagian awak kebahagian kami juga. Kalau awak sedih, kami juga terkesan," komen peminatnya. Baru-baru ini, agensi pengurusan pelakon Lee Min Ho iaitu MYM Entertainment mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka yang meninggalkan komen negatif terhadap artis naungannya. Menerusi laporan Soompi, firma guaman yang dilantik agensi tersebut iaitu LIWU kini dalam proses mengumpul segala bukti untuk dibawa ke mahkamah. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!