suria

Pengsan sewaktu bekerja, HyunA terpaksa tangguh promosi single ‘Good Girl’

HyunA akan berehat secukupnya sebelum kembali bekerja.

PENYANYI Kpop HyunA terpaksa menangguhkan aktiviti promosi single terbaharunya selepas dilaporkan diserang penyakit sinkop vasovagal atau pengsan.

Menurut kenyataan daripada syarikat rakaman, HyunA sudah mendapatkan rawatan yang sepatutnya sejak tahun lalu namun penyakit itu kembali menyerang hingga menyebabkan penyanyi itu tidak dapat bekerja dan perlu berehat.

"Tahun lalu HyunA mendedahkan dia diserang kemurungan dan masalah sinkop vasovagal.

"Sejak itu dia mendapat rawatan konsisten untuk membantunya kembali sihat dan mampu bekerja," demikian menurut kenyataan daripada P-Nation.

Tambah label tersebut, promosi bagi single Good Girl yang dijadualkan bermula 26 Ogos akan ditangguhkan pada satu tarikh selepas HyunA benar-benar sihat dan mampu untuk kembali bekerja.

"Sebagai label yang bertanggungjawab melindungi artis, kami buat keputusan menangguhkan promosi dan memberi laluan kepada HyunA untuk berehat dan menjalani rawatan.

"Promosi single HyunA dijadualkan yang dijadualkan pada minggu hadapan akan ditangguhkan sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak," kata pihak label HyunA.

Sumber: allkpop

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

HyunA, Kpop, kdrama,

Artikel Lain