suria

Kongsi gambar Priyanka Chopra di tepi pantai, Nick Jonas dipuji romantis

Nick Jonas dipuji romantis berkongsi gambar isterinya di Instagram.

PENYANYI terkenal antarabangsa Nick Jonas berkongsi sekeping foto kenangan bersama isterinya Priyanka Chopra dari salah satu percutian mereka.

Foto yang dikongsikan di Instagram miliknya pada Jumaat memperlihatkan Priyanka dari belakang yang sedang duduk di tepi pantai merenung ke arah laut.

ARTIKEL BERKAITAN: Baru 4 bulan kahwin, Nick Jonas dan Priyanka Chopra dilaporkan mahu bercerai

"Antara perkara yang jadi kegemaran saya," tulis Nick.

Kapsyen romantis Nick mendapat perhatian peminat pasangan suami isteri itu yang memenuhi ruangan komen gambar tersebut.

"Cantiknya dia. Saya jatuh cinta!"

"Romantik sungguh awak, Nick," komen beberapa netizen.

Nikc, 27, dan Priyanka, 37, berkahwin pada 1 Disember 2018 dan mereka sebelum itu mengikat tali pertunangan pada Julai hanya selepas dua bulan bercinta.

Sumber: Hindustan Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain