suria

Jennie (Blackpink) teruja jalani penggambaran MV 'Ice Cream' dengan tikus capybara

Jennie jalani penggambaran MV Ice Cream dengan tikus capybara.

KETERUJAAN ahli kumpulan Kpop terkenal Blackpink iaitu Jennie ketika menjalani penggambaran video muzik Ice Cream mencuri perhatian netizen.

Sebuah posting seorang peminat di laman komuniti popular Korea melaporkan kegembiraan penyanyi itu disebabkan oleh seekor tikus besar jenis capybara.

"Jennie Blackpink mempunyai kesukaan yang mendalam terhadap capybara. Saya terkejut lihat Jennie teruja menjalani penggambaran dengan haiwan itu," komen peminat tersebut.

Posting itu turut mendapat perhatian beberapa netizen yang menyokong pandangan individu tersebut.

"Jenni dan capybara itu kedua-duanya comel.

"Saya tak pernah terfikir mereka akan menggunakan capybara hidup untuk video ini. Ia nampak macam disunting.

"Saya dengar haiwan ini memang jinak dan baik walaupun mereka nampak macam tikus gergasi," tukis beberapa netizen.

Blackpink dan penyanyi Selena Gomez melancarkan single baharu berjudul Ice Cream pada pagi Jumaat.

Ice Cream merupakan kolaborasi ketiga Blackpink dengan penyanyi antarabangsa.

Sebelum ini, grup itu pernah bergandingan dengan Dua Lipa dalam lagu Kiss And Make Up pada 2018 dan Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Blackpink, Jennie, Selena Gomez, Ice Cream

Artikel Lain