PELAKON filem Black Panther, Chadwick Boseman meninggal dunia pada usia 43 tahun akibat kanser kolon di Los Angeles, California, Amerika Syarikat, pada Jumaat. Menurut jurucakap Chadwick iaitu Nicki Fioravante, aktor itu meninggal dunia di kediamannya di samping isteri dan ahli keluarga. Menerusi sebuah kenyataan yang dikeluarkan ahli keluarganya, Chadwick disahkan menghidap kanser kolon sejak empat tahun lalu. "Seorang pejuang sejati, Chadwick bertahan mengharungi semua ini dan telah melakonkan banyak filem yang menjadi kesukaan anda. "Dari Marshall hingga Da 5 Bloods, Ma Rainey Black Bottom dan banyak lagi... semuanya difilemkan di antara kemoterapi dan pembedahan yang dijalani. Ia satu penghargaan dalam kariernya untuk membawakan watak King T'Challa dalam Black Panther," ujar keluarga Chadwick. Sebelum ini, Chadwick tidak pernah bersuara tentang penyakit yang dihidapi secara terbuka.Sumber: AP News Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!