suria

Baru sejam dilancar, lagu ‘Ice Cream’ Blackpink dan Selena Gomez dapat 2 juta tanda suka

Blackpink dan Selena Gomez lancar lagu kolaborasi berjudul Ice Cream.

SETELAH hampir dua bulan menanti, akhirnya kumpulan Kpop popular iaitu Blackpink dan penyanyi Selena Gomez melancarkan lagu kolaborasi terbaharu berjudul Ice Cream pada pagi Jumaat.

Menerusi Instagram, Selena berkongsi foto dan kapsyen memaklumkan kepada peminat mengenai video muzik (MV) yang sudah dimuat naik di laman YouTube.

"#SELPINK di kawasan anda. Lagu dan video Ice Cream sudah dilancarkan," tulisnya.

Dalam MV tersebut, Blackpink dan Selena tampil ceria menari bertemakan warna-warni menggambarkan ais krim.

Selepas sejam dilancarkan, MV tersebut menerima lebih 2 juta tanda suka dan menjadi trending di laman Twitter.



Pengguna Twitter berkongsi keterujaan apabila Blackpink lancar lagu bersama Selena Gomez.

Sejak akhir Julai lalu, khabar angin mengenai kolaborasi mereka mula diperkatakan oleh netizen.

Gara-gara itu, pihak pengurusan Blackpink iaitu YG Entertainment mengeluarkan kenyataan meminta peminat bersabar sehingga mereka mengeluarkan kenyataan rasmi pada pertengahan bulan lalu.

Ice Cream merupakan kolaborasi ketiga Blackpink dengan penyanyi antarabangsa.

Sebelum ini mereka pernah bergandingan dengan Dua Lipa dalam lagu Kiss And Make Up pada tahun 2018 dan Lady Gaga menerusi lagu Sour Candy.

Pada Jun lalu, Blackpink yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rose, dan Lisa telah melancarkan lagu How You Like That.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Blackpink, selena gomez

Artikel Lain