suria

Bakal berkahwin dengan YouTuber Shim Soep, Bae Seul akui kehidupanya lebih tenang

Bae Seoul turut berkongsi foto pra-perkahwinnya.

PENYANYI Bae Seul menganggap teman lelakinya yang juga YouTuber iaitu Shim Seop membuatkan dirinya keluar daripada keresahan dan kehidupannya semakin tenang.

Menerusi laman Instagram Bae Seul memberitahu biarpun usia Shim Seop lebih muda daripadanya namun kekasihnya itu matang dan mempunyai hati yang baik.

"Saya fikir saya hidup dengan pemikiran yang santai dan sederhana, tetapi saya hidup dalam kebingungan dengan kegelisahan yang tidak diketahui di sudut fikiran saya. Saya rasa saya bergelut dengan bebanan hidup.

"Kemudian saya sedar selepas bertemu dengan teman lelaki saya. Hati saya terasa tenang hanya dengan bercakap dengannya, dan ketegangan dalam hidup saya mula berkurang.

"Kekasih saya lebih muda daripada saya tapi pemikirannya matang, mempunyai hati yang baik dan dia bukan dalam kalangan selebriti, bukan orang biasa. Saya bersyukur setiap hari bila bersamanya," katanya.

Bael juga berkongsi berita gembira bahawa dia akan melangsungkan perkahwinan dengan kekasihnya pada September depan dalam sebuah majlis yang hanya dihadiri keluarga dan rakan rapat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Bae Seoul, Shim Seop, kahwin, hiburan,

Artikel Lain