suria

Tujuh tahun bercinta, Ryu Deok Hwan umum akhiri zaman solo

Ryu Deok Hwan rancang untuk kahwin pada tahun hadapan.

SELEPAS tujuh tahun bercinta, pelakon Ryu Deok Hwan mengumumkan bakal melangsungkan perkahwinan dengan teman wanitanya yang bukan dalam kalangan selebriti.

Memetik laporan Soompi, Ryu Deok Hwan memberitahu dia sebenarnya merancang untuk berkahwin pada Oktober depan namun majlis tersebut terpaksa ditunda disebabkan wabak Covid-19.

"Setiap hari saya bersyukur mempunyai peminat yang sentiasa menyokong dan beri kasih sayang kepada saya. Sekali lagi saya ucapkan terima kasih dan saya sayang anda semua.

"Dengan rasa senang hati, saya ingin memberitahu kepada anda semua yang saya bakal berkahwin dengan seseorang yang saya cintai selama tujuh tahun.

"Kami sudah membuat persiapan untuk mengadakan majlis perkahwinan pada Oktober tapi kami terpaksa mengambil keputusan untuk tunda sehingga tahun hadapan berikutan wabak Covid-19.

"Saya pasti anda terkejut tapi saya nak jadi orang pertama yang kongsikan berita gembira ini sendiri bukan anda dengar dari khabar angin atau gosip," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain