MESKIPUN sudah ada perancangan untuk berkahwin dengan Aurel Hermasyah pada penghujung tahun ini, YouTuber terkenal Indonesia Atta Halilintar berkemungkinan akan menunda hasratnya itu ke tahun hadapan. Memetik laporan Liputan6, Atta memberitahu mereka mungkin terpaksa menangguhkan perancangan untuk berkahwin berikutan pandemik wabak Covid-19 yang sedang melanda seluruh dunia. Menurut Atta, mereka sudah mempunyai lokasi majlis pernikahan iaitu di Stadium Gelora Bung Karno (GBK) Senayan, Jakarta. "Ya... mungkin akan tunda. Kalau bukan Disember, mungkin tahun hadapan. Itu paling lambat la. Semoga Allah bebaskan kita daripada pandemik yang berlaku. Atta berhasrat untuk bertemu dengan ibu Aurel iaitu Kris Dayanti. "Supaya segala urusankan kita berjalan dengan lancar. Kami memang merancang untuk bernikah di GBK, cuma majlis persandingan itu tak tahu boleh lakukan sekarang atau tidak," katanya. Baru-baru ini, Atta ada meluahkan rasa hasrat untuk bertemu dengan ibu kandung kepada kekasihnya yang juga merupakan penyanyi popular, Krisdayanti. Keinginan itu mula timbul selepas menerima banyak komen dan permintaan daripada peminat yang mahu melihat Atta dan Krisdayanti bertentang mata buat pertama kali. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!