SELEBRITI sensasi Hollywood Paris Hilton mendedahkan dia mengalami zaman remaja yang buruk terutama sewaktu alam persekolahan. Menerusi temubual dengan majalah People, Paris, 38, berkata, orang ramai sering menganggap kehidupannya sentiasa bahagia dan sudah tiba masanya dia berkongsi kisah sebenar yang dilalui. ARTIKEL BERKAITAN: “Mak pesan jangan berjemur bawah matahari” - Ini rupanya rahsia Paris Hilton cantik tanpa pembedahan plastik Menurut Paris, dia menerima layanan buruk kakitangan sekolah dan sering dibuli. "Orang mungkin menganggap segalanya dalam hidup mudah bagi saya, tetapi saya ingin menunjukkan kepada dunia siapa saya sebenarnya. Paris Hilton berkongsi dengan orang ramai tentang kisah silamnya. "Saya sentiasa ditengking. Kakitangan sekolah selalu berkata perkara buruk kepada saya. Mereka sering membuat saya berasa diri saya teruk dan membuli saya," katanya. Tambahnya, dia dan rakan-rakan sekolahnya sering dibuli secara fizikal kerana kakitangan sekolah mahu menerapkan rasa takut dalam diri pelajar. Paris turut menghadapi serangan panik dan akan menangis setiap hari serta merasakan dirinya seperti seorang banduan. "Mereka juga mendera kami secara fizikal, memukul dan mencekik. Mereka mahu menerapkan perasaan takut dalam diri kami. "Saya menghadapi serangan panik dan menangis setiap hari. Saya rasa seperti seorang banduan. Saya benci hidup saya pada ketika itu," ujarnya. Dokumentari terbaharu Paris yang berjudul This Is Paris bakal dilancarkan di saluran YouTube selebriti itu pada 14 September yang membicarakan tentang kisah buli yang dialami sewaktu di sekolah. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!