suria

Misi mencari cinta gagal kerana Covid-19, Luna Maya fokus kerjaya

Luna Maya berharap wabak Covid-19 segera pulih.

PELAKON dan penyanyi terkenal Indonesia Luna Maya mengakui kesal kerana niatnya mencari jodoh tidak kesampaian berikutan wabak Covid-19 yang melanda dunia.

Memetik laporan liputan6, Luna bagaimanapun berkata, sebagai manusia dia hanya boleh merancang namun tuhan yang menentukan.

ARTIKEL BERKAITAN: Tinggalkan banglo mewah selepas berkahwin? Luna Maya sanggup... tapi ada syarat untuk bakal suami

Di samping itu, penyanyi lagu Sudah Biasa ini turut berkata dia akan fokus pada kerjaya bagi menampung kehidupan peribadinya.

"Tahun ini saya mahu fokus mencari pasangan tapi apakan daya, kadang-kadang kita cuma boleh merancang, tapi tuhan yang menentukan," katanya.

"Jadi tahun ini saya fokus pada kerjaya saja, pastikan kerja jadi keutamaan nombor satu untuk menampung diri sendiri.

Luna turut berharap pandemik yang melanda seluruh dunia dapat pulih dengan segera.

"Saya mahu bebas daripada wabak Covid-19 supaya kita boleh bercuti lagi, tak ada yang susah disebabkan penyakit ini, itu saja. Kalau boleh virus tu hilang sekali," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Luna Maya

Artikel Lain