suria

Inul Daratista kesal dangdut dianggap muzik murahan - “Hampir 70 peratus rakyat Indonesia nikmati dangdut!”

Inul tidak puas hati muzik dangdut dipandang rendah.

PENYANYI dangdut terkenal Indonesia Inul Daratista kecewa dengan sikap segelintir individu yang menganggap genre dangdut sebagai muzik yang melalaikan dan murah.

Kata Inul, tidak semua artis yang membawa genre itu tidak mempunyai prestasi yang baik malah kebanyakan rakyat negara itu mendengar muzik dangdut.

ARTIKEL BERKAITAN: Inul Daratista kongsi cabaran jadi artis, diminta 'upah' selepas rakaman suara

"Hampir 70 peratus rakyat Indonesia nikmati sajian dangdut.

"Aku sebenarnya hairan sebab kadang-kadang masih ada pelakon atau artis dangdut yang dianggap murah, lemah, kurang kelas, dipandang rendah. Padahal tak semuanya buruk.

"Tak semua pedangdut tidak berprestasi," tulis Inul.

Inul sudah berkecimpung dalam industri muzik dangdut sejak tahun 2000.

Antara lagu-lagu hitnya termasuk Goyang Inul dan Mawar Putih.

Sumber: liputan6

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Inul Daratista, dangdut

Artikel Lain