suria

Katy Perry teruja terima kunjungan bekas isteri Orlando Bloom, Miranda Kerr

Katy Perry tak sabar terima kunjungan Miranda Kerr.

PENYANYI terkenal antarabangsa Katy Perry baharu sahaja menyambut kelahiran anak sulungnya, Daisy Dove Bloom, bersama tunangnya aktor terkenal Orlando Bloom pada 26 Ogos lalu.

Memetik sumber Hollywoodlife, Katy kini teruja dan tidak sabar untuk menerima kunjungan daripada bekas isteri Orlando iaitu model terkenal Miranda Kerr dan berjumpa dengan Daisy.

ARTIKEL BERKAITAN: Katy Perry, Orlando Bloom sambut kelahiran anak perempuan, Daisy Dove Bloom

"Katy dan Orlando sedang menikmati masa bersama anak perempuan mereka jadi pelawat dihadkan.

"Keluarga Katy ada di sisinya cuma orang lain tidak dibenarkan datang melawat. Tapi dia ada berhubung dengan rakan-rakannya dan sebaik sahaja dia bersedia untuk menerima kunjungan, Katy akan menjemput Miranda datang ke rumah dan melawat Daisy.

"Katy dan Miranda merupakan rakan baik. Orlando pun mahu anak lelakinya Flynn untuk berjumpa dengan Daisy secepat mungkin," ujar sumber tersebut.

Orlando dan Miranda berkahwin pada 2010 dan dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Flynn sebelum pasangan itu bercerai pada 2013.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain