suria

Wajah Cita Citata sering merah-merah dan lebam, rupa-rupanya sudah lima tahun menderita radang tonsil

Keadaan kulit Cita Citata sebelum dan selepas pembedahan radang tonsil.

PENYANYI Indonesia Cita Citata berkongsi pengalamannya menghidap penyakit radang tonsil sejak lima tahun lepas.

Cita atau nama sebenar Cita Rahayu, 26, menerusi perkongsian di Instagram pada Rabu berkata dia mula mengalami alahan pada kulit muka yang menyebabkan kemerah-merahan dan lebam yang teruk.

ARTIKEL BERKAITAN: Selepas putus cinta dengan kekasih mat salih, foto kahwin Cita Citata dengan pelawak Anwar BAB pula curi perhatian - “Jadi juga nikahnya...”

"Hai semua. Saya ingin berkongsi pengalaman saya melawan penyakit yang saya hadapi sejak lima tahun lepas.

"Simptom yang mula menyerang kulit saya... hampir setiap hari kulit saya selalu merah-merah dan lebam bukan main.



Cita Citata berkongsi foto dan rakaman video sebelum menjalani pembedahan.

"Setiap kali kena benda yang tajam sikit, perubahan udara sejuk atau panas terus jadi merah-merah... kena debu dan kotoran pun macam tu juga. Ia sangat mengganggu," tulisnya.

Penyanyi lagu Perawan Atau Janda ini turut berkata dia sudah melakukan bermacam cara untuk menyelesaikan permasalahan yang dihadapi namun tidak berhasil.

Selepas mendapatkan nasihat pakar perubatan, Cita berkata sistem pertahanan badannya sudah terganggu menyebabkan dia merasa seperti terkena alahan.

"Macam-macam cara saya lakukan... dari pemeriksaan alahan sampai cari doktor dan pakar terbaik, suntik sel stem, makan ubat dan vitamin tapi tak pernah berhasil.

Dari pemeriksaan alahan sampai cari doktor dan pakar terbaik, suntik sel stem, makan ubat dan vitamin tapi tak pernah berhasil.

CITA CITATA

PENYANYI INDONESIA

"Beberapa orang pakar pun cakap sistem imunisasi saya yang terganggu dan saya selalu fikir saya baik-baik saja, tak pernah ada sakit, lelah atau senang penat," jelasnya.

Tambahnya, dia hanya mengetahui penyakit yang dihidapi selepas melakukan pemeriksaan kesihatan kerana mengalami demam panas pada Ogos lalu.

Doktor mengesahkan bahawa penyanyi itu menghidap radang tonsil di mana keadaan organ tersebut sudah rosak dan berlubang besar dan disarankan untuk melakukan pembedahan.

"Dari tahun ke tahun saya mula rasa bodoh sangat dan kalau orang tanya kenapa kulit saya merah-merah saya cuma cakap alahan.



Radang yang dikeluarkan semasa pembedahan.

"Sampai la bulan lepas badan saya mula panas sampai suhu cecah 39 darjah Celcius... saya mula panik sebab sekarang pun ada virus Covid-19 tu.

"Lepas tu saya panggil doktor ke rumah dan saya disahkan menghidap penyakit streptococcal tonsilitis atau radang tonsil. Doktor sarankan untuk saya buat pembedahan," ujarnya.

Kata Cita, selepas selesai pembedahan keadaan kulitnya sudah mula sembuh dan tiada lagi alahan seperti kemerahan atau lebam dialami, malah Cita turut menasihati orang ramai supaya jaga pemakanan dan selalu bersenam untuk menjaga kesihatan tubuh badan.



Keadaan kulit Cita Citata selepas pembedahan radang tonsil.

"Sebelum pembedahan dijalankan, saya buat pemeriksaan Covid-19, pemeriksaan jantung dan sebagainya... akhirnya pembedahan berjalan lancar dan rupa-rupanya tonsil saya memang dah rosak dan berlubang besar.

"Tapi saya sedar dua hari pertama saya lihat gejala merah-merah, lebam dan gatal pada kulit tu dah tak ada lagi. Rupanya memang tonsil ini berperanan penting untuk sistem kekebalan tubuh... tapi kalau sudah tidak berfungsi ia akan menjadi penyakit pada badan sendiri.

"Sekarang saya baru nak sembuh, tapi masih tak sangka alahan saya juga sembuh dan tak berulang lagi.

"Semoga pengalaman saya bermanfaat untuk kita semua dan semoga kita semua selalu diberikan kesihatan oleh Allah SWT. Jangan lupa bersenam, jaga pemakanan dan selalu bersyukur," katanya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain