suria

Karier muzik Ahmad Dhani disangka hancur selepas bercerai dengan Maia Estianty - “Sebenarnya saya untung lagi banyak dari royalti lagu”

Kehidupan Ahmad Dhani berubah selepas berpisah dengan Maia.

PENYANYI Ahmad Dhani mendedahkan banyak pihak yang beranggapan karier muziknya akan berakhir setelah berpisah dengan bekas isterinya, Maia Estianty.

Memetik laporan Liputan6, Ahmad Dhani memberitahu tanggapan mereka itu salah kerana kehidupannya semakin mewah selepas bercerai.

"Banyak pihak yang salah apabila mengatakan yang karier muzik saya akan hancur selepas bercerai dengan Maia Estianty.

"Apa yang dikatakan itu hanya sekadar andaian sahaja tapi yang sebenarnya saya dapat keuntungan yang banyak daripada royalti lagu-lagu saya," katanya.

Ahmad Dhani dan Maia mendirikan rumah tangga pada 1996 dan mereka mengambil keputusan untuk berpisah pada 2008.

Pasangan itu mempunyai tiga orang cahaya mata iaitu Dul Jaelani, Ahmad Al Ghazali dan Ahmad El Jallaluddin Rumi.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain