PENYANYI Lee Hyori mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan aplikasi laman sosial, Instaram walaupun ia merupakan ruang untuk dirinya berkomunikasi dengan peminat. Memetik laporan Soompi, Lee Hyori berkata dia berasa tertekan apabila memikirkan peminat yang ingin mengetahui mengenai perkembangannya sedangkan dia tidak mempunyai sebarang promosi. "Selepas beberapa hari berfikir, saya ambil keputusan untuk berhenti menggunakan Instagram. Platfrom itu merupakan ruang untuk saya berkomunikasi dengan peminat yang nak tahu fasal saya yang tidak mempunyai sebarang promosi. "Tapi sekarang saya terlalu tertekan mengenai perkara itu dan ia mudah sesuatu yang mudah. Saya akan cuba fikirkan cara yang berbeza untuk berkomunikasi dengan peminat saya. "Terima kasih kerana sentiasa menyokong saya walaupun saya tidak mempunyai apa-apa," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!