suria

RM (BTS) derma RM3 juta kepada muzium kesenian sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-26

RM beri sokongan kepada industri kesenian dengan sumbangan RM3 juta.

DALAM diam rupa-rupanya kumpulan K-pop terkenal BTS iaitu RM telah mendermakan sebanyak lebih RM3 juta kepada National Museum of Modern and Contemporary Art (MMCA).

Memetik laporan Soompi, RM memberikan sumbangan itu sempena menyambut ulang tahun kelahiran yang ke-16 RM pada Sabtu, 12 September lalu.

Sumbangan yang diberikan itu akan digunakan untuk mencetak semula buku-buku yang sukar dicari..

Malah, beberapa buku tersebut akan dihantar ke sekolah rendah, menengah, dan sekolah menengah di 400 lokasi di seluruh negara.

Pengarah muzium tersebut, Yoon Bum Mo berkata, RM berharap dengan perkongsiannya itu dapat membantu anak muda memahami lebih mendalam mengenai seni.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

RM, BTS, derma, muzium, K-pop, hiburan,

Artikel Lain