suria

Jang Sung Won kahwin 31 Oktober, bapa harap anak perempuan Jang Nara juga tamatkan zaman bujang

Abang kepada Jang Nara iaitu Jang Sung Won yang juga seorang pelakon bakal berkahwin.

ABANG kepada aktres Jang Nara iaitu Jang Sung Won bakal mendirikan rumah tangga pada 31 Oktober depan.

Bapa kepada adik-beradik itu juga pelakon Joo Ho Sun berkongsi berita gembira tersebut menerusi laman Facebook miliknya baru-baru ini.

Joo Ho Sun juga berharap anak perempuannya iaitu Jang Nara akan memikirkan soal berumah tangga selepas perkahwinan abangnya itu.

"Akhirnya, keluarga kami ada berita mengenai perkahwinan untuk dikongsikan. Anak lelaki saya akan melangsungkan perkahwinan pada 31 Oktober depan.

"Walaupun kami sebelum ini berasa bimbang usia dia semakin meningkat namun kami gembira dengan berita ini. Saya berharap ia akan memberi motivasi kepada anak perempuan saya untuk fikirkan tentang perkahwinan," katanya.

Joo Ho Sun memberitahu majlis perkahwinan anak lelakinya diadakan secara bersederhana yang akan dihadiri rakan terdekat dan keluarga berikutan wabak Covid-19.

Sumber - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain