suria

Demi jaga hubungan suami isteri, Lee Hyori tutup akaun IG

Lee Hyori mendedahkan dia menghabiskan masa dua jam hanya di Instagram.

PENYANYI Lee Hyori mendedahkan salah satu punca dia mengambil keputusan untuk berhenti menggunakan Instagram kerana terlalu leka dengan laman sosial tersebut.

Menurut Lee Hyori, dia dan suaminya iaitu Lee Sang Soon juga gemar menghabiskan masa dengan melihat laman sosial tanpa bercakap dengan satu sama lain.

Bagaimanapun, Lee Hyori menegaskan dia tidak pernah kisah dengan komen negatif dan ia bukan punca utama mengambil keputusan untuk menutup akaun laman sosialnya.

"Saya cuba nak buang Instagram tapi saya tak tahu macam mana jadi saya tak boleh. Sebab ia sentiasa ada dalam fikiran saya bila saya masih ada akaun Instagram.

"Akhirnya saya ambil keputusan untuk tutup saja. Salah satu sebab, saya habiskan masa selama sejam atau dua jam hanya melihat Instagram. Saya melihat Instagram tanpa henti.

"Saya dan suami terlalu habiskan masa tengok handphone daripada bercakap antara satu lain. Tapi sebab utama saya tutup bukan kerana komen negatif. Itu sesuatu yang saya boleh terima dan hadap," katanya.

Sumber - Soompi

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Lee Hyori, Instagram, hiburan, K-Pop, penyanyi

Artikel Lain