suria

Penantian enam tahun berakhir, Ashley Tisdale umum kini hamil cahaya mata pertama

Ashley dan Chris bakal timang cahaya mata pertama tidak lama lagi.

SETELAH enam tahun mendirikan rumah tangga dengan penyanyi Chris French, pelakon Ashley Tisdale berkongsi berita gembira bahawa dia kini sedang hamil.

Memetik laporan Hollywoodlife, berita itu dikongsikan sendiri oleh pasangan suami-isteri itu menerusi laman Instagram masing-masing.

Ashley menerusi Instagram memuat naik foto yang memperlihatkan baby bump tanpa menulis sebarang kapsyen dan maklumat lebih lanjut mengenai kehamilannya.

Ruang komen di perkongsian tersebut dipenuhi dengan ucapan tahniah daripada netizen termasuk rakan selebriti antaranya Vanessa Hudgens, Emma Roberts dan Lea Michele.

Ashley mengikat tali pertunangan dengan Chris pada 2013 dan mereka mengambil keputusan untuk berkahwin pada 2014 di Santa Barbara, California.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain