suria

Pemuda kaya sanggup beli seluar dalam terpakai milik DJ Dinar Candy dengan harga RM14,000

Dinar mahu jual barangan peribadi kerana tiada pendapatan akibat penularan Covid-19.

SEORANG lelaki dikenali sebagai Bobby Stuntrinder dikatakan membeli seluar dalam terpakai milik pemuzik dan disc jockey (DJ) terkenal Indonesia, Dinar Candy dengan harga 50 juta Rupiah (RM14,000).

Menurut laporan Fin.Co, lelaki tersebut berkongsi foto seluar dalam yang dibeli itu di laman Instagram dan memaklumkan ia kepunyaan DJ seksi berkenaan.

"50 juta tunai Dinar Candy," tulisnya pada ruangan kapsyen.

Bagaimanapun perkongsian jejaka itu mengundang rasa kurang senang segelintir netizen yang mempersoalkan tujuannya membeli seluar terpakai tersebut.



Seorang jejaka muat naik foto seluar dalam terpakai milik Dinar Candy.

"Sampai dibeli untuk apa seluar dalam itu?

"Atas tujuan apa kamu membeli seluar dalam terpakai yang dijual Dinar tu ya?," tanya netizen.

Sebelum ini, Dinar memaklumkan dia ingin menjual salah satu seluar dalam terpakainya kerana tidak mempunyai pendapatan selama tujuh bulan akibat penularan Covid-19.

"Selama tujuh bulan saya tiada pendapatan tetap kerana Covid-19 dan kuarantin... jadi saya nak jual barang saya!

"Salah satu yang saya mahu jual adalah seluar dalam ini, ini kepunyaan saya yang sudah pernah dipakai. Saya mahu jual dengan harga 50 juta Rupiah!," kata Dinar.

Hasil carian mendapati jejaka berkenaan yang juga merupakan instafamous dilihat sudah mengenali Dinar dan mereka pernah bekerjasama dalam rakaman untuk content YouTube.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain