suria

Alami banyak komplikasi dan pendarahan teruk, kandungan isteri John Legend tidak dapat diselamatkan

Isteri John Legend keguguran.

ISTERI kepada penyanyi terkenal John Legend iaitu Chrissy Teigen mengalami keguguran selepas beberapa kali cuba menyelamatkan bayi dalam kandungan itu.

Chrissy berkata, dia mengalami pendarahan yang banyak dan sudah beberapa kali melakukan pemindahan darah.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri John Legend, Chrissy Teigen terlepas cakap, dedah jantina anak ketiga

Beliau turut berkata, dia dan suaminya berada dalam kesedihan berikutan ini merupakan kali pertama mereka mengalami kehilangan seperti ini.

"Kami tidak mampu menghentikan pendarahan dan memberikan cairan yang diperlukan bayi kami. Biarpun beberapa beg darah sudah dimasukkan tapi ia tetap tidak cukup" tulis Chrissy.



Chrissy berasa kecewa dan sedih tidak dapat selamatkan bayi dalam kandungannya.

Chrissy meluahkan rasa kecewa dan menyesal tidak dapat menyelamatkan bayi lelaki yang bakal diberi nama Jack.

"Kepada Jack, saya sangat menyesal di awal hidup kamu mengalami banyak komplikasi sehingga kami tidak dapat memberikan ruang untuk kamu perlukan untuk bertahan hidup. Kami akan selalu menyanyangimu," ujarnya.

Ini bukan kali pertama Chrissy mengalami masalah dalam kehamilan ketiganya ini.

Sebelum ini, dia pernah mendedahkan keadaan kandungannya sihat namun plasentanya tidak cukup membantu bayi itu untuk membesar di dalam perut.

John Legend berkahwin dengan Chrissy Teigen pada 2013 dan dikurniakan dua cahaya mata.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

John Legend

Artikel Lain