suria

Hari pertama sekolah, beg Stormi harga RM48,000 curi perhatian

Beg sekolah Stormi curi perhatian.

BEG sekolah yang digayakan anak Kylie Jenner iaitu Stormi meraih perhatian netizen.

Stormi yang kini berusia dua tahun sudah memulakan hari pertama persekolahan awal minggu lalu.

Sebuah video yang dimuat naik Kylie menarik perhatian netizen di laman sosial.

Stormi dilihat mengayakan beg jenama mewah Hermes Taurillon Clemence Kelly Ado berwarna merah jambu.

Harga beg tersebut dianggarkan kira-kira RM49,800.

Penampilan Stormi turut ditambah dengan kasut Air Jordans dan gaun hitam serta subang berlian.

"Hari pertama belajar di rumah" tulis Kylie Jenner.

Untuk makluman ini bukan barang mewah pertama kanak-kanak itu.

Awal tahun lalu Khloe Kardashian menghadiahkan Stormi beg jenama Louis Vuitton edisi karakter filem kegemarannya Trolls.

SUMBER: MIRROR

TONTON VIDEO PILIHAN!

Kylie Jenner, Kendall Jenner, Stormi

Artikel Lain