PELAKON Lee Min Ho masih mengekalkan reputasinya sebagai pelakon paling popular di Korea Selatan berdasarkan jumlah pengikut laman sosialnya. Pengurusan MYM Entertainment mengumumkan kemaskini jumlah 20 juta pengikut di laman sosial rasmi Facebook pada 19 September lalu. ARTIKEL BERKAITAN: Lee Min Ho menangis sambil tengok sunset, peminat mula bimbang - “Tak suka lihat awak seperti ini, hati saya hancur” Manakala angka yang sama turut diperolehi di akaun Instagram pada Oktober lalu. Justeru itu, Lee Min Ho menjadi satu-satunya aktor dengan jumlah pengikut tertinggi di Facebook dan Instagram setakat ini. Bukan itu sahaja, laman sosial khas di China iaitu Weibo juga mencatat 28.6 juta pengikut. Manakala Twitter, beliau memiliki 3 juta 'follower'. Biarpun berehat daripada industri seni bagi menjalani latihan ketenteraan selama dua tahun sejak 2017, aktor ini masih mampu mengekalkan popularitinya. Drama pertamanya selepas latihan ketenteraan iaitu The King: Eternal Monarch turut mendapat sambutan hangat biarpun pelbagai reaksi penonton. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!