suria

Buka kisah 8 tahun lalu, Raffi Ahmad nafi ambil dadah tapi ubat perangsang

Raffi Ahmad mengakui dirinya nakal ketika muda.

PENGACARA popular Indonesia Raffi Ahmad membuka kisah lapan tahun lalu ketika dia ditahan kerana kes penyalahgunaan dadah sekitar Januari 2013.

Raffi, 33, menerusi satu temuramah berkata, ujian yang dijalani ketika itu tidak mendapati dia positif dadah sebaliknya mengambil ubat perangsang.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani sewa rumah khas untuk anjing, baru tahu sayur perlu disimpan dalam peti ais!

Pengacara Dahsyat ini juga mengaku dirinya sangat nakal ketika itu dan apa yang dilakukan itu hanya untuk keseronokan semata-mata.

"Bukan narkoba, itu ubat perangsang, memang saya nakal dulu"

"Hanya digunakan sebagai perangsang, jadi selepas dibuat ujian memang tidak positif (dadah)" ujarnya.

Raffi pernah ditangkap pasukan Badan Narkotika Nasional (BNN) pada 27 Januari 2013.

Menerusi penahanan itu, BNN ditahan Raffi bersama 16 orang yang lain dalam pesta dadah yang dianjurkan di kediamannya di Jakarta.

BNN mendapati 14 biji pil ekstasi ditemui di kediaman selebriti itu.

Raffi kemudian menjalani pemulihan di Unit Pelaksana Terapi dan Rehabilitasi BNN di Lido, Sukabumi, Jawa Barat.

SUMBER: MEDEKA.COM

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain