suria

Pernah 'blacklist' dari Hollywood ketika usia 12 tahun, Drew Barrymore kini lebih hargai kerja

Drew bangkit semula selepas lima tahun.

PELAKON Drew Barrymore mendedahkan dia pernah disenarai hitam dalam industri Hollywood ketika usianya 12 tahun sehingga menyebabkan mengalami kemurungan yang melampau.

Memetik laporan Hollywoodlife, Drew bangkit dalam dunia kegelapannya dan kembali mewarnai dunia hiburan pada usia 17 tahun.

Menurut pelakon filem The Wedding Singer, kejayaan yang dikecapai kini membuatkan dia lebih menghargai setiap pekerjaan yang ada.

"Saya tidak tahu bagaimana saya berakhir di sini tetapi saya tidak akan lupa betapa bertuahnya saya. Pernah disenarai hitam pada usia 12 tahun.

"Saya tahu bagaimana rasanya kehilangan kerja. Menikmati peluang yang ada kini adalah sangat bertuah.

"Saya rasa tidak banyak yang perlu disembunyikan ketika ini sebab itu saya menghargai setiap pekerjaan yang lakukan," kata Drew.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain