suria

Guna lagu dari petikan hadis, Rihanna mohon maaf kepada umat Islam

Rihanna mohon maaf kepada umat Islam.

SELEPAS menerima pelbagai kritikan, penyanyi Rihanna tampil membuat permohonan maaf apabila menggunakan lagu daripada petikan hadis dalam sebuah pertunjukan fesyen pakaian dalam wanita.

Rihanna menerusi Instagram memohon maaf kepada komuniti Muslim atas kesilapan tersebut.

"Saya mahu memohon maaf kepada komuniti Muslim kerana kesilapan yang tidak disengajakan dalam pertunjukan Savage x Fenty," katanya.

Tambahnya, dia tidak akan bertoleransi dengan perbuatan yang tidak menghormati mana-mana agama itu.

Isu tersebut timbul selepas artis kelahiran Barbados itu mengadakan pertunjukan pakaian dalam Savage x Fenty yang disiarkan secara langsung menerusi platform, Amazon Prime pada 3 Oktober lalu.

Dalam pertunjukan itu, model dilihat menari ketika lagu berjudul Doom yang dihasilkan oleh komposer Coucou Chloe.

Lagu berkenaan dipercayai mengandungi petikan hadis mengenai hari kiamat.

Sebelum itu, Rihanna dan produsernya itu sudah membuat permohonan maaf

Coucou Chloe mendakwa bahawa lagu berkenaan menggunakan petikan satu lagu yang ditemui dalam talian dan ia digunakan tanpa mengetahui ia mengandungi petikan hadis.

"Saya mahu memohon maaf secara ikhlas atas kesilapan ini. Kami faham ia sudah menyinggung perasaan umat Islam dan saya amat kesal dengan perbuatan ini," katanya.

SUMBER: Los Angeles Times

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Rihanna,

Artikel Lain