suria

Baru timang anak kelima, isteri Alec Baldwin bersedia hamil lagi

Isteri Alec Baldwin sedia hamil lagi.

ISTERI kepada pelakon Alec Baldwin iaitu Hilaria yang baru melahirkan anak kelima pada awal September lalu memberitahu sudah bersedia untuk hamil lagi.

Menurut laporan US Weekly, Hilaria tidak menolak kemungkinan berbadan dua dan menambah anak keenam dalam masa terdekat.

"Mungkin saja! Anak-anak saya ada tanya... mummy, ada anak dalam perut? Saya jawab belum. Masih tiga minggu, tak nampak saat ini tapi lihat nanti.

"Ada anak kelima, saya baik-baik sahaja, bayi tak banyak ragam dan saya amat bersyukur dan bahagia tentang itu.

"Kesukaran yang saya lalui tidak menghilangkan rasa teruja itu," katanya.

Hilaria dan Alec dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Carmen, 7, Rafael, 5, Leonardo, 4, Romeo, 2 dan Eduardo, sebulan.

Sementara itu, Alec, 62 mendedahkan dia tidak berminat untuk memenuhi permintaan isterinya yang mahu menambah anak lagi.

"Saya tak berminat... saya beritahu orang ramai, isteri saya ada hobi mengumpul koleksi.

"Ada orang suka kumpul kereta, jam tangan, hasil seni. Isteri saya pula suka kumpul baby, dia suka baby!," guraunya semasa ditemubual dalam satu program televisyen.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Alec Baldwin, Hilaria

Artikel Lain