SELEPAS tiga bulan berpisah dengan bekas teman lelakinya Roy Geurts pada Julai lalu, kini penyanyi terkenal Indonesia Cita Citata kembali membuka hatinya untuk bercinta semula. Menerusi perkongsian di laman Instagram miliknya, Cita Citata berkongsi ciri-ciri pasangan yang dicari dan antaranya lelaki itu mesti bujang dan pintar. "Sedang mencari lelaki berbintang Libra, umur di atas 28 hingga 35 tahun, bujang dan pintar," tulis Cita Citata. Bagaimanapun, perkongsiannya itu menerima kecaman netizen yang beranggapan penyanyi itu terlalu terdesak ingin mencari pengganti. Enggan berdiam diri, Cita Citata memuat naik satu lagi status yang mengatakan perkongsiannya itu sekadar gurauan dan berharap netizen tidak menganggap perkara tersebut dengan serius. Status yang mengundang kecaman netizen. "Wahai warganet yang budiman. Mohon kalau tinggalkan komen, tahan nafas dan hembus perlahan. Ringankan otot dan fikiran biar hidup makin bahagia. Janganlah semua kapsyen dianggap terlalu serius. Tak boleh bergurau?" katanya. Cita dan Roy pernah merancang untuk berkahwin pada tahun ini, namun tarikh perkahwinan mereka ditunda dan akhirnya disahkan berpisah. Terkini dia dikatakan mempunyai hubungan rapat dengan selebriti yang juga ahli perniagaan, Jordi Onsu dan lebih menguatkan lagi gosip apabila mereka hadir di majlis ulang tahun kelahiran kakak ipar Jordi, Sarwendah pada penghujung Ogos lalu. Sumber - Liputan6 Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!