MODEL sensasi, Nicole Poturalski menjadi perbualan hangat netizen apabila digosipkan sedang menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon Brad Pitt. Menerusi laporan US Magazine, Nicole menerima pelbagai kecaman dan tuduhan kononnya menjadi perosak hubungan Brad Pitt dan bekas isteri Angelina Jolie. Pelbagai dakwaan dan tuduhan dilemparkan kepada gadis berusia 27 tahun ini sehingga laman sosial miliknya dibanjiri dengan pelbagai komen negatif. Berang dengan tindakan netizen itu, Nicole meminta mereka supaya tidak lagi mengikutinya di laman sosial. "Kurang ajar dan menyedihkan apabila mereka tulis komen begitu... jangan follow orang yang kamu tak mahu lihat atau tak suka. "Sangat mudah! Sentiasalah jadi baik dan berbuat baik dengan semua orang, "Apa untungnya berbuat demikian (komen kebencian)? Saya nak tahu dasar pemikiran apa yang membuatkan kamu komen begitu?," katanya. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!