suria

Vokalis Radja terkejut cermin mata hitam miliknya dibida dengan harga RM56,000

Ian Kasela tidak menyangka cermin mata hitam miliknya dibida dengan harga tinggi.

VOKALIS kumpulan Radja iaitu Ian Kasela mendedahkan cermin mata hitam kepunyaannya pernah dilelong dengan harga tinggi.

Menurut laporan Suara Merdeka, cermin mata berjenama itu dibida dengan harga 200 juta Rupiah (RM56,000) bertujuan mengumpul dana untuk satu badan kebajikan.

"Kita pernah ada event beberapa waktu yang lalu, ada satu acara mereka mengumpul dana... kaca mata saya diminta untuk dilelong, saya ikutkan saja.



Vokalis Radja iaitu Ian Kasela (dua dari kanan) bersama anggota kumpulannya.

"Saya sumbang satu cermin mata dan Alhamdulillah terjual dengan harga tinggi. Cermin mata itu berjenama dan kebetulan yang datang orang-orang besar yang kemampuan membida," katanya.

Sementara itu, Ian berkata lelongan cermin mata miliknya itu dilakukan secara mengejut pada malam berkenaan.

Ia merupakan tindakan spontan penganjur dan pembida yang berminat untuk mendapatkan aksesori kesayangannya itu.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Ian Kasela, Radja

Artikel Lain