suria

Seo Ye Ji aktres tercantik Korea, tewaskan Song Hye Kyo

Seo Ye Ji tewaskan gelaran aktres tercantik Korea yang pernah dipegang Song Hye Kyo.

PELAKON Seo Ye Ji menduduki tangga pertama undian aktres tercantik Korea yang dianjurkan oleh portal gaya hidup Metro Style, baru-baru ini.

Dalam undian tersebut, Seo Ye Ji menerima markah tertinggi iaitu 43.4 peratus bersamaan dengan 1.3 juta pengundi.

Pelakon itu menewaskan sembilan lagi aktres Korea lain antaranya Son Ye Jin, Kim Go Eun, Song Ji Hyo, Park Min Young, Kim Ji Won dan termasuklah Song Hye Kyo.

Keputusan yang dikeluarkan portal berkenaan disambut baik oleh netizen dan rata-ratanya bersetuju Seo Ye Ji memiliki kecantikan dan paras rupa yang sempurna.

Lebih-lebih lagi, drama lakonannya It's Okay to Not Be Okay sedang hangat diperkatakan oleh penonton seluruh dunia.

Seo Ye Ji memulakan karier sebagai pelakon menerusi sitkom Potato Star 2013QR3 pada tahun 2013.

Sejak itu, dia mulai membintangi drama Korea lain seperti Another Miss Oh, Hwarang, Save Me, dan Lawless Lawyer.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain