suria

Nia Ramadhani geram anak menangis gara-gara dikutuk netizen

Nia memujuk anaknya yang sedih selepas membaca komen netizen.

PELAKON sensasi Indonesia Nia Ramadhani berasa marah dan geram dengan netizen yang memberikan komen negatif di laman sosial anaknya Mikhayla.

Melihat keadaan itu, Nia menasihati Mikhayla, 8, agar tidak membaca komen-komen negatif yang boleh menganggu emosinya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani sewa rumah khas untuk anjing, baru tahu sayur perlu disimpan dalam peti ais!

“Ini sebab mama tak mahu kamu ada Instagram kerana komen-komen yang begini.

“Mereka tidak fikir perasaan kamu, suka-suka sahaja cakap. Jangan baca semuanya, mereka tidak kenal kamu, mereka tidak tahu kita, ” ujarnya.

Dalam pada itu, Nia turut menasihatkan anaknya agar berfikir panjang sebelum menulis sebarang komen supaya tidak bersikap seperti netizen berkenaan.

“Sama kejadian seperti tadi, kamu juga perlu fikir dahulu sebelum kamu cakap” ujarnya.

Nia turut meluahkan rasa kesal apabila anaknya yang masih kecil menjadi mangsa buli netizen.

“Saya tidak faham dan kesal, saya tidak pernah buat seperti itu tapi anak saya yang jadi mangsa komen negatif. Benci!” Ujarnya.



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain