suria

Tujuh bulan berkurung kerana Covid-19, Chelsea Islan sibuk ikuti kelas psikologi di rumah

Chelsea Islan belajar ilmu psikologi sepanjang tempoh kuarantin Covid-19.

TUJUH bulan berkurung di rumah kerana pandemik Covid-19, pelakon Chelsea Islan menggunakan peluang tersebut dengan mengikuti kelas pengajian psikologi.

Menurut laporan KapanLagi, Chelsea berkata dia sudah lama berminat mengikuti kelas tersebut namun kesibukan menghalangnya untuk berbuat demikian.

"Sebenarnya dari dulu lagi saya berminat nak belajar psikologi... tapi sebab terlalu sibuk dengan penggambaran jadi tak ada waktu nak belajar.

"Sepanjang berehat di rumah, saya terfikir kenapa tak ambil secara short course dan rasanya inilah waktu paling sesuai.

"Saya belajar secara online! Sekarang sedang belajar yang asas dulu iaitu subjek emotional psychology iaitu pengetahuan membaca ekspresi raut wajah manusia," katanya semasa bersiaran langsung di Instagram Her World Indonesia.

Dalam pada itu, Chelsea berkata ilmu psikologi memberi manfaat kepadanya sebagai pelakon kerana dia akan lebih memahami karakter atau watak yang akan diberi kelak.

"Saya rasa ilmu itu berguna untuk lakonan juga... bagaimana untuk mendalami karakter supaya boleh menjiwai dengan lebih baik," ujarnya.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain