suria

Sanjay Dutt sahkan hidap kanser paru-paru tahap 4, kini sedang jalani rawatan - “Saya akan sembuh tidak lama lagi”

Sanjay berkongsi mengenai kesan parut selepas jalani rawatan kanser baru-baru ini.

TEKA-TEKI mengenai kesihatan Sanjay Dutt akhirnya terjawab apabila pelakon itu mengesahkan dia kini sedang bertarung dengan kanser paru-paru tahap empat.

Memetik laporan BBC.com, Sanjay berkongsi mengenai kesan parut selepas dia menjalani rawatan kanser tersebut baru-baru ini.

Menurut pelakon terkenal Bollywood ini, dia enggan berputus asa dan berharap dirinya akan bebas dari kanser tidak lama lagi.

"Saya akan lawan kanser ini. Ini merupakan parut dalam hidup saya. Tetapi saya akan mengalahkannya. Saya akan bebas dari kanser ini tidak lama lagi," kata Sanjay.

Sekitar Ogos lalu, Sanjay memuat naik status di Twitter mengatakan dia akan berehat buat sementara dari dunia seni kerana rawatan kesihatan mencetuskan spekulasi.

Menerusi laporan Hindustantimes, Sanjay telah disahkan mengidap penyakit kanser paru-paru tahap empat dan kini dirawat di Hospital Lilavati, Mumbai.

Malah, pelakon terkenal Bollywood itu akan diterbangkan ke United State untuk menjalani rawatan kanser tersebut dalam masa terdekat.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain