suria

Hubungan cinta Kate Becksinsale dan Goody Grace berakhir selepas tamat perintah berkurung

Kate berhenti mengikuti laman Instagram bekas kekasihnya, Goody.

HUBUNGAN cinta pelakon dan model Kate Beckinsale dengan teman lelakinya yang juga pemuzik berusia 23 tahun iaitu Goody Grace sudah berakhir.

Memetik laporan Hollywoodlife, Kate Beckinsale, 47, mengambil keputusan untuk berhenti atau 'unfollow' bekas kekasih di laman Instagram pada Khamis lalu.

Malah, Goody Grace juga dikatakan sudah keluar dari rumah Kate dan pulang semula ke kampung halamannya yang terletak di Kanada.

Hubungan pasangan ini mula mendapat perhatian apabila mereka hadir bersama di acara pre-Grammys pada 25 Januari lalu.

Bagaimanapun difahamkan Kate dan Goody mula menjalinkan hubungan cinta sekitar April lalu ketika mereka menjalani perintah berkurung bersama-sama di Los Angeles.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain