PENYANYI dan pelakon popular Korea Selatan Rain bakal membuat kemunculan semula dalam dunia muzik dengan menampilkan sesuatu yang berbeza. Memetik laporan Soompi, Rain bakal bergandingan dengan seorang artis terkenal namun memilih untuk merahsiakan identiti penyanyi itu. Menurut agensi pengurusan Sublime Artist Agency, Rain juga akan bekerjasama dengan artis lain untuk mengeluarkan album sebagai duo. "Untuk menambahkan lagi elemen muzik mereka, dua penari hebat akan digabungkan untuk menerbitkan pentas yang dianggap seperti 'the epitome of dance'. "Kami harap ini merupakan berita baik untuk peminat yang menantikan kemunculan semula Rain di pentas nyanyian. Tolong sokong album baharu Rain," katanya. Kali terakhir Rain melancarkan album pada tiga tahun lalu iaitu 2017 berjudul MY LIFE. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!