PELAKON Lee Min Ho akhirnya melancarkan saluran YouTube miliknya dengan menggunakan tajuk Leeminho Film pada Jumaat lalu. Memetik laporan Soompi, Lee Min Ho memuat naik video pertama iaitu bayangan filem terbitannya sendiri mengenai perjalanan karier. Malah kapsyen di video tersebut turut mendedahkan Lee Min Ho juga penerbit serta pengarah kreatif untuk filem tersebut. Rata-rata peminta pelakon drama bersiri The Legend Of The Blue Sea ini meluahkan rasa teruja menonton episod pertama 'Movielog Ep.1' di YouTube tersebut. Selepas tiga hari dimuat naik di saluran YouTube, video tersebut kini mencecah lebih 250,000 tontonan dan 106,000 subscribers. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!