suria

Pelawak Park Ji Sun dipercayai bunuh diri bersama ibu, ini lima fakta berkaitan kematiannya

Park Ji Sun dikatakan mengalami penyakit mental.

PELAWAK terkenal Korea Selatan Park Ji Sun ditemukan meninggal dunia bersama ibunya di kediaman mereka di Mapo, Seoul pada petang Isnin.

Menurut laporan media Soompi, polis menjumpai sepucuk surat yang ditulis oleh ibu Park Ji Sun, 35.

Berikut lima fakta tentang kematian Park Ji Sun.

1. Mayat Park Ji Sun dan ibunya ditemukan di kediaman pelawak itu di daerah Mapo, Seoul sekitar pukul 1.44 petang waktu Korea Selatan. Awalnya pihak polis mendapat laporan daripada bapa mendiang yang cuba menghubungi anak dan isterinya tetapi tiada jawapan.

2. Park Ji Sun sedang menjalani pemulihan penyakit berkaitan mental. Ibunya yang menetap di kampung datang ke Seoul bagi menemani wanita itu.

3. Polis menemukan satu halaman surat di tempat kejadian yang dipercayai ditulis oleh ibu pelawak tersebut. Bagaimanapun, pihak polis enggan berkongsi isu kandungan surat berkenaan atas permintaan keluarga.

4. Pihak polis belum mendedahkan punca sebenar pelawak itu berbuat demikian dan siasatan masih dijalankan.

5. Park Ji Sun merupakan alumni Korea University dan salah satu pelawak yang sering mengendalikan program Kpop. Dia juga akrab dengan beberapa selebriti popular Korea Selatan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain