suria

Aurel Hermansyah tak kisah Atta Halilintar ‘follow’ Instagram wanita lain - “Tolong la matang sikit netizen”

Aurel tidak melarang Atta mengikuti akaun Instagram wanita lain.

KISAH hubungan cinta antara YouTuber terkenal Atta Halilintar dengan anak kepada penyanyi Anang Hermansyah iaitu Aurel sentiasa menjadi perhatian umum.

Terbaharu, tindakan Atta mengikuti atau 'follow' akaun Instagram wanita lain mengundang kecaman netizen.

Namun Aurel meluahkan rasa simpati melihat Atta diserang netizen sedangkan dia sendiri tidak pernah melarang teman lelakinya untuk mengikuti Instagram mana-mana wanita.

"Saya sendiri tak pernah melarang dengan siapa Atta mahu follow atau berkawan, tolong la matang sikit netizen," katanya.

Sejak akhir-akhir ini, Atta dilihat tidak lagi menghiraukan komen-komen netizen yang negatif kerana baginya itu semua tidak penting.

Malah komen-komen sedemikian langsung tidak menjejaskan hubungan mereka kerana pasangan itu lebih kenal hati budi masing-masing.

Menerusi laporan mStar pada 15 Oktober lalu, Aurel mendedahkan dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka yang dijangka pada tahun hadapan.

Sumber - Liputan6



Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain