PENYANYI dangdut popular Indonesia Inul Daratista terpaksa menutup pusat karaoke miliknya di Jakarta disebabkan menanggung kerugian yang banyak sepanjang pandemik Covid-19. Inul yang mempunyai 60 pusat karaoke di seluruh Indonesia mengumumkan menutup 20 cawangan di Jakarta dan memberhentikan kira-kira 1,500 pekerja.ARTIKEL BERKAITAN: Miliki 8,000 pekerja pusat karaoke... Inul Daratista sedih idea sering diciplak pesaing! Menerusi sebuah wawancara sebelum ini, Inul mengakui terpaksa membayar gaji seramai 8,000 pekerja sepanjang pandemik ini menggunakan wang peribadinya. “Maaf ya saya terpaksa memberhentikan pekerja di Jakarta soalnya sudah lapan bulan tidak beroperasi. “Di daerah lain sudah mula beroperasi. Satu cawangan ada 75 pekerja, kalau 20 itu kira sendiri, ” ujarnya. Inul berharap pekerja turut memahami yang sedang dilalui olehnya ketika pandemik ini kerana dia sudah tidak dapat bertahan untuk menampung kos tersebut.SUMBER: MERDEKA.COM Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!