suria

Kareena Kapoor tayang 'baby bump', peminat puji wajah cantik walaupun sedang hamil

Foto terbaharu Kareena Kappor yang menampakkan 'baby bump' menarik perhatian peminatnya.

DIKENALI sebagai seorang bintang Bollywood yang sangat menjaga privasi, pelakon Kareena Kapoor kini lebih terbuka untuk berkongsi mengenai kehamilannya di laman sosial.

Selepas mengumumkan dirinya hamil anak kedua pada Ogos lalu, Kareena Kapoor berkongsi foto terbaharunya yang menampakkan 'baby bump'.

Rata-rata netizen meluahkan rasa teruja melihat foto Kareena bersama kakaknya yang juga pelakon Karisma Kapoor dan turut mendoakan kesihatan isteri kepada aktor Saif Ali Khan itu.

"Oh my god.... cantiknya walaupun sedang hamil.

"Tahniah... awak kelihatan sangat cantik. Semoga sentiasa sihat," komen peminatnya.

Sekitar Ogos lalu, Kareena Kapoor dan Saif Ali Khan mengesahkan mereka bakal menimang cahaya mata kedua tidak lama lagi menerusi media sosial.

Kareena mendirikan rumah tangga dengan Saif Ali pada 2012 dan mereka menimang cahaya mata sulung bernama Taimur Ali Khan pada yang kini berusia empat tahun.

Kedua-duanya pernah berlakon bersama menerusi filem Omkara, Agent Vinod, Kurbaan dan Tashan.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



TONTON VIDEO PILIHAN!

Artikel Lain