suria

Kim Hye Soo mahu berehat tapi masih terbeban hutang ibu

Kim Hye Soo akui terbeban dengan hutang ibunya.

PELAKON Kim Hye Soo memberitahu dia mempunyai perancangan untuk berehat dari dunia lakonan berikutan berdepan masalah hutang ibunya sejak 2012.

Menurut Kim Hye Soo, dia masih gagal untuk melangsaikan hutang tersebut walaupun sudah beberapa tahun berusaha membayarnya.

ARTIKEL BERKAITAN: Kim Hye Soo terbeban hutang ibu sebanyak RM4.5 juta

"Bertahun-tahun saya berusaha melangsaikan hutang ibu saya, tetapi masih belum dapat menyelesaikannya," katanya.

Menerusi laporan mStar pada 11 Julai tahun lalu, Kim Hye Soo mengakui dia terbeban dengan hutang ibunya sebanyak RM4.5 juta.



Kim Hye Soo berusaha melangsaikan hutang ibunya namun masih gagal selesaikannya.

Ibunya yang dipercayai meminjam wang daripada seseorang individu untuk membangunkan perumahan kecil di Yangpyeong gagal membayar wang tersebut.

Menurut laporan Soompi, pelakon itu mendedahkan dia banyak melalui pelbagai cabaran disebabkan hutang tersebut namun mengambil ia sebagai ikhtibar.

Sejak pada tahun 2017 lagi, Kim Hye Soo berhasrat untuk merehatkan diri dari dunia lakonan tetapi dia sering kali tergugat dengan kebolehan pelakon lain.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain