suria

“Perempuan dan lelaki jahat ialah yang tak jaga mulut” - Ammar Alfian nasihat netizen jaga hubungan dengan Allah daripada sibuk sakitkan hati orang

Ammar berkongsi pendapat mengenai penggunaan laman sosial.

PERNAH berdepan dengan pelbagai kecaman, pelakon Ammar Alfian menggelarkan segelintir netizen yang gemar mengunakan kata-kata kesat sebagai pengecut kerana tidak berani bersemuka.

Ammar, 33, menerusi Instastorynya memuat naik kata-kata petikan menasihatkan netizen agar lebih baik berdiam diri jika tiada benda baik untuk dikatakan.

ARTIKEL BERKAITAN: Ammar Alfian bercerai dengan cara tebus talak, bekas isteri diperintah bayar RM7,000

"Sebab itu keyboard warriors senang dapat dosa. Dah la dapat dosa, pengecut pula tu. Boleh la berbual lebat, cuba hadap depan-depan... kasihan," kata Ammar.



Ammar berkongsi perkara itu di laman sosial miliknya.

Sebelum ini, Ammar atau Ammar Alfian Aziz Mohd Zakri kerap menerima kecaman gara-gara kontroversi rumah tangganya dengan bekas isteri iaitu Nelissa Nezam.

Pada Oktober lalu, Ammar menerusi laman Instagram mendedahkan penghijrahan selebriti terkenal Neelofa untuk berniqab sedikit sebanyak mempengaruhinya untuk berubah.,

Malah, penghijrahan Neelofa itu telah mendorong Ammar untuk memadamkan semua gambarnya yang tidak berbaju.

Perempuan dan lelaki jahat ialah yang tak jaga mulut.

AMMAR ALFIAN

PELAKON

Dalam pada itu, Ammar berpendapat pengguna media sosial kini lebih cenderung mengambil berat tentang kehidupan orang lain berbanding masalah sendiri.

Pelakon filem Paskal ini juga berkata, setiap individu sepatutnya memperbaiki hubungan dengan Allah dan bukannya berkata tidak baik sehingga menggores hati orang lain di media sosial.

"Media sosial buatkan orang lebih ambil berat tentang kehidupan orang lain berbanding menjaga masalah mereka sendiri.



Ammar sudah memadam foto dia tidak berbaju di Instagram.

"Anda semua sepatutnya menguatkan lagi hubungan dengan Allah berbanding menguatkan jari anda untuk menaip perkataan yang boleh menyakitkan orang lain di media sosial.

"Tonjolkan perasaan tidak yakin pada diri sendiri dengan kehidupan anda. Perempuan dan lelaki jahat ialah yang tak jaga mulut. Ramai nak kena cili mulut itu," ujarnya.

Pada 14 Oktober lalu, Ammar akhirnya bercerai secara tebus talak dengan Nelissa selepas empat tahun mendirikan rumah tangga dan mereka mempunyai anak lelaki bernama Kyro Shakur yang berusia setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain