PELAKON terkenal Kate Hudson meluahkan rasa teruja apabila mengetahui adiknya iaitu Wyatt Russell dan pasangan Meredith Hagner bakal menimang cahaya mata pertama tidak lama lagi. Kate, 41, berkongsi berita gembira tersebut dengan memuat naik foto dia bersama Meredith yang memperlihatkan 'baby bump' di laman sosial miliknya baru-baru ini. "Meraikan ahli keluarga baharu kami. Anak pertama adik saya iaitu Wyatt dan Meredith. Kami sangat gembira dan tak sabar!" kata Kate. Perkongsian pelakon filem Something Borrowed itu turut mendapat perhatian peminat pasangan tersebut yang turut teruja dan mengucapkan tahniah. Bagaimanapun, pasangan pelakon itu masih belum berkongsi berita gembira berkenaan di laman sosial milik mereka. Wyatt Rusell mula menjalinkan hubungan cinta dengan Meredith Hagner pada tahun 2016 selepas berpisah dengan bekas isterinya, Sanne Hamers. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!