KEHADIRAN Rossa sebagai juri di program Indonesian Idol musim ke-10 yang bersiaran pada Isnin menimbulkan spekulasi mengatakan penyanyi itu kini menggantikan tempat selebriti sebelum ini iaitu Bunga Citra Lestari. Memetik laporan KapanLagi.com, Rossa tampil menafikan dakwaan tersebut dan menegaskan ia bukan kali pertama dia dijemput sebagai juri dan turut terlibat dalam proses pencarian bakat program itu. "Saya tidak menggantikan BCL, mungkin kerana ini special season dan Bunga masih ingin meluangkan masa di rumah, akhirnya saya dipanggil semula untuk menjadi juri," jelasnya. Musim kali ini, Rossa turut bersama Maia Estianty, Anang Hermansyah, Ari Lasso dan Judika sebagai para juri program realiti tersebut. Dalam pada itu, Rossa menganggap menjadi juri ini bukan hanya suatu pekerjaan tetapi berpeluang untuk menjadi saksi kepada bakat-bakat yang ada pada idola baru. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!