PENYANYI terkenal Demi Lovato mendedahkan kisah putus cinta bersama pelakon Max Ehrich semasa majlis anugerah People's Choice Awards pada Ahad lalu. Menurut laporan Pop Culture, Demi Lovato mengakui tahun 2020 adalah tahun yang dipenuhi dengan pelbagai pengalaman sekaligus mengajar dirinya tentang kehidupan. "Tahun 2020 ini tahun yang paling panjang seumur hidup saya. Dia mula dengan sangat luar biasa dimana saya berpeluang membuat persembahan di Grammy Awards dan juga National Anthem di Super Bowl. "Kemudian, Covid datang melanda seluruh dunia dan semua terpaksa tutup. Jadi saya lakukan seperti orang lain lakukan iaitu saya memasuki fasa berkurung dan saya bertunang. "Saya menonton drama series Pretty Little Liars, dan kemudiannya saya putus tunang, dan pergi mencari mahkluk asing di padang pasir, boleh dikatakan sama seperti kehidupan orang lain," ujarnya. Pada 5 Oktober lalu, Demi Lovato berpisah dengan Max Ehrich selepas dua bulan mengikat tali pertunangan. Meskipun terkesan dengan perpisahan itu, namun dia masih menjalani kehidupan dengan baik. Penyanyi ini turut menangguhkan pelancaran album ketujuh gara-gara pandemik Covid-19 dan isu putus tunang. Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!