suria

Harry Styles lelaki pertama tampil solo di muka depan majalah Vogue

Harry Styles lelaki pertama menghiasi muka depan Vogue.

PENYANYI Harry Styles, muncul sebagai selebriti lelaki pertama menghiasi muka depan Vogue dalam sejarah 127 tahun penerbitan majalah fesyen terkenal itu.

Namun, mengejutkan apabila Harry yang juga bekas anggota One Direction tampil memakai dress labuh rekaan oleh Gucci.

Harry juga berpendapat memang terdapat pakaian untuk golongan wanita dan golongan lelaki, tetapi jika tidak ada batasan semua orang boleh mencuba pelbagai jenis fesyen yang diminati.



Harry mengenakan dress rekaan Gucci.

"Ketika anda mengatakan ada pakaian untuk lelaki dan ada pakaian untuk wanita dan jika tiada penghalang atau batas apa pun, anda bebas untuk mencuba pelbagai jenis fesyen.

Selain itu, Harry juga berkongsi pandangan dalam berfesyen tidak semestinya perlu menyekat kebebasan diri untuk mencuba dan bermain dengan pakaian.

Bagi Harry pakaian yang membuatkan diri rasa berkeyakinan seperti memakai pakaian superhero diri sendiri, dan pakaian juga sangat seronok untuk dieksperimentasikan.

"Kuasa fesyen memang kuat dan boleh memberi pengaruh dan juga inspirasi kepada orang lain, memakai apa yang dirasakan selesa, memberi keyakinan dan keseronokan bereksperimentasi dengan berfesyen. - The Straits Times/Asia News Network

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain