suria

Ibu bapa masih terkandas di Malaysia, Atta Halilintar sambut ulang tahun kelahiran dengan Aurel Hermansyah

Aurel dan Atta merancang untuk mendirikan rumah tangga pada tahun hadapan.

SEMPENA ulang tahun kelahiran Atta Halilintar yang ke-26 pada Jumaat lalu, tunangnya iaitu Aurel Hermansyah membuat kejutan istimewa buat YouTuber terkenal itu.

Aurel menerusi laman Instagram miliknya berkongsi momen majlis sambutan hari lahir bakal suaminya itu bersama rakan-rakan mereka.

Menerusi video tersebut, Aurel membawa kek dan ditemani adik kepada Atta iaitu Thariq Halilintar.

Berbeza dengan tahun sebelum ini, Atta terpaksa menyambut ulang tahun kelahirannya tanpa ibu bapa yang berada di Malaysia tidak dapat pulang ke Indonesia berikutan pandemik Covid-19.

Sebelum ini, anak kepada penyanyi Anang Hermansyah itu mendedahkan dia kini sedang sibuk membuat persiapan perkahwinan mereka yang dijangka pada tahun hadapan.

Menurut Aurel, dia mahu mengadakan acara sempena menjelang majlisnya pada setiap bulan sepanjang setahun.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain